Perempuan tanpa rahim & vagina =(
1 daripada 45 ribu wanita dilahirkan tanpa rahim. Ia disebabkan oleh sindrom MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) iaitu ketika di dalam kandungan bahagian kelamin bayi dan organ peranakannya tidak terbentuk.
Wanita yang berdepan masalah ini tidak mampu melakukan hubungan s*ks.
Seorang wanita tanpa rahim bukan saja tidak pernah merasa datangnya haid, tapi sudah diberitahu tidak akan melahirkan anaknya sendiri.
Itu kes yang dilahirkan tanpa rahim, ada kes yang dilahirkan bersama rahim namun akhirnya terpaksa dibuang disebabkan ketumbuhan ketumbuhan di dalam rahim yang membahayakan. Fibroid antaranya.
Rahim perlu dibuang bersama fibroid atau tidak akan ditentukan doktor mengikut keseriusan rahim tersebut..
Ada diantara wanita yang terpaksa membuang rahim disebabkan
fibroid walaupun ia bukannya kanser.
Fibroid mampu membesar sekecil kecil kacang peas sehingga sebesar besar buah tembikai.
Simptom ada fibroid ni tak sama bagi semua wanita. Sebahagian besar fibroid tak diketahui pun punca sebenar.
Namun, penyakit ni dikaitkan dengan keturunan. Misalnya, seorang anak berisiko tinggi mendapat fibroid jika ibunya mengalaminya.
Rata rata wanita yang berdepan penyakit ni, tak alami apa apa tanda dan masalah kesihatan.
Sebab tulah setiap wanita disaran buat pemeriksaan rahim (scan) 6 bulan sekali. Beranikan diri untuk beritahu doktor bahawa anda concern dengan kesihatan rahim anda, so anda nak tahu tahap kesihatannya.
Perlu diingat, wanita yang ada fibroid ni mengalami haid tak teratur, sakit ketika 'bersama'.
Jika anda lalui ini, sebaiknya minta nasihat doktor.
Like & share info & page 9bulan10hari jika anda sayang dan ingin wanita wanita lain turut berjaga jaga.
Jadikan buku 9bulan10hari sebagai sahabat.. pendengar & peneman setia anda sepanjang kehamilan & kelahiran..
Bacalah kata katanya ketika anda down..
Coret diatasnya moment moment indah anda..
Anda pasti akan lebih happy melalui setiap saat bergelar ibu & ayah..
====================================================
Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja!
Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari.
====================================================